MUNGKIN ANDA SUDAH BENAR-BENAR SATU BANGSA YANG
SENGAJA DIDAYUS dan TELAH DIPERBANGANGKAN..!!
Apakah gunanya anda berbincang lagi mengenai perkara yang anda yakin dan menganggap logik,
relevan dan bermakna; tetapi akhirnya dan hakikatnya, ia cuma membuang masa saja.
Sementara itu orang yang dibincangkan itu tersentuh kulit pun tidak! Apatah lagi, bagi
orang ini, sebarang hujah dan makna logika semua lapisan rakyat pelbagai ilmu dan
kepakaran hanya dianggapnya sebagai '‘menghembus angin panas” saja. Sementara itu ia
duduk diam-diam umpama “Nero dengan biolanya” ketawa besar sambil kota Roma terbakar.
Si Nero itu tau bahawa segala-gala beliau sendiri yang akan meletak-hitung apa yang
difikirkannya akan memberi untung kepada dirinya.
Tanya diri anda, adakah anda
benar-benar penyumbang kepada kelangsungan KEMERDEKAAN negara, masyarakat dan keutuhan
ugama anda?
Hari ini, bila orang itu “terbersin” saja, ramai orang yang
terpancar kencing. Berjejeranlah kuyup cawat masing-masing hingga hancing satu badan. Dan
orang-orang menganggap dirinya berilmu, ada kepakaran dan atas segala-segalanya mampu
melaung hingga satu dunia akan kedengaran; tetapi bila orang yang seorang itu
‘terbersin’, maka semua mereka bertempiaran. Jadi siapakah anda? Tidakkah anda
tergolong kepada orang yang “bangang”?
Orang itu memang jelas dan ketara tidak
akan mempedulikan undang-undang dan budaya tamaddun manusia seperti anutan anda lagi.
Baginya, undang-undang sudah lama dipersetankannya. Peduli apa! Persetankan saja!! Bangang
sangat anda jika anda masih akur dengan peraturan orang yang tidak bertamadun seperti
itu!!
Memang! Tidak ada orang yang mau dikatakan ‘bangang’. Tapi sahlah, jika
anda mengajak seseorang yang anda sendiri tahu akan menafikan undang-undang, logika,
budaya dan kebiasaan adat dan amalan manusia yang bertamadun; sebaliknya ia akan
menentukan perjalanan hidup manusia yang ditadbirkannya mengikut hukum-hakam,
ragam-karenah dan peraturannya saja – jika anda masih akur; bermakna anda akan melihat
bayang-bayang diri dan muka anda di cermin sebagai orang paling “dayus” dan tidak
bermaya!! Itulah yang dimaksudkan “bangang” itu.
Anda akan dikira dua kali
“bangang” jika anda masih mahu dipersenda minda dan kekuatan. Lebih-lebih lagi jika
anda sebenarnya adalah lebih berkuasa untuk mengheretnya ke muka pengadilan dan menentukan
perjalanan hidupnya. Tetapi malangnya anda sengaja “mendayuskan” diri anda seolah-olah
anda tidak ada kekuatan itu.
Jika anda benar-benar satu bangsa merdeka, atau
dimerdekakan; tunjukkan sekarang!! Gabungkan tenaga dan satukan kekuatan minda – dan
AYUH!! Lakukanlah apa yang wajib dan hak bagi anda lakukan. Setelah tidak ada jalan;
sinsing saja lengan anda, dan tunjukkanlah lengan-lengan cengkung itu. Pasti, jika ia
digabungkan – masakan orang yang seorang itu akan sama kekuatannya dengan anda yang
bergabung satu kampung, satu negeri, 10 negeri 10 juta rakyat!! Lakukan perhitungan!!
Naluri
manusia, kalau tidak boleh lagi diajak berhujah; itu saja padah dan akhirnya!!
Jika
tidak begitu; jika orang itu dibiarkan bermaharajalela terus-menerus – anak-cucu anda
juga yang akan menganggap dan menyesali anda sebagai generasi yang sekutu mengusut dan
menganiaya hidup mereka!! Sah kelak anda ditakrif sebagai generasi orang yang
sebenar-benar “bangang”..!!
Pilihlah!!
Amin Sapiro (Ahli UMNO atas
Pagar Berduri)
|